Ketika era perang dingin ,Amerika Syarikat telah mendominasi kelebihan perperangan laut kerana mereka memiliki kapal pengangkut pesawat terbesar dan canggih kelas Nimitz serta kapal pengempur amfibia yang berkuasa tinggi, namun untuk kategori kapal pengempur permukaan terbesar dan dilengkapkan senjata berkuasa tinggi yang masih beroperasi sehingga kini, maka kelebihan ini dimiliki oleh Rusia kerana armada laut Rusia memilliki dan masih mengoperasikan kapal pengempur Kelas Kirov "Battle Cruiser"......
Kapal kapal Kelas Kirov Rusia ini diberi jolokan oleh barat sebagai "Battle Cruiser" kerana saiz
ukuranya yang besar dan di lengkapi dengan persenjataan berat yang tidak dimiliki mana-mana kapal lain sekelasnya didunia. Kelas Kirov
bukanlah versi kapal baru yang dimiliki Rusia tetapi ia adalah kapal perang peninggalan empayar Soviet Union ketika era Perang
Dingin yang sangat mengerunkan musuh-musuhnya terutama Amerika Syarikat.Kujudan kapal-kapal kelas Kirov ini juga telah menjadi salah satu alasan utama bagi
pentadbiran Amerika Syarikat yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Ronald Reagan untuk menaiktaraf dan mengoperasikan semula kapal perang Kelas Iowa.
Ketika ini Rusia hanya mengoperasikan satu dari empat "kapal pemusnah gergasi"ini iaitu "Pyotr Velikiy" atau "Peter The Great," yang menjadi kapal kebanggan Armada Utara Rusia. Kapal ketiga dari kelas Kirov, "Admiral
Nakhimov," sedang dinaiktaraf sistem dan dijangka akan kembali beroperasi pada
akhir dekad ini. Kapal kedua kelas ini "Admiral Lazarev," juga dalam perangan untuk dinaiktaraf sistem dan persenjataan dan dijangka akan mula beroperasi sekitar pada awal tahun 2020 nanti. . Difahamkan sebuah lagi kapal kelas ini "Admiral Ushakov" yang sebelumnya bernama
Kirov juga sedang dalam perancangan untuk dinaiktaraf kepada sistem yang lebih canggih .
Kelas Kirov pertama kali dioperasikan ialah pada tahun 1980, Generasi -Generasi kemudian lahir
setiap 4 tahun, kecuali Kelas Kirov yang terakhir yaitu Peter The Great yang pertama kali beroperasi pada tahun 1998 lewat dari jadual asal pembinaanya akibat masalah kewangan yang melanda Rusia selepas kejatuhan empayar Soviet Union.Ketika dalam keadaan siap berlayar dalam keadaan muatan penuh ,berat keseluruhan kapal ini mencecah sehingga 28 000 tan iaitu tiga kali lebih berat dari kapal Kelas Ticonderoga Amerika Syarikat namun masih lebih kecil berbanding dengan kapal-kapal dari Kelas Iowa yang sudah tidak beroperasi.Bagi menggerakkan kapal pemusnah ini Kelas Kirov mengoperasikan dua reaktor nuklear dan dua turbin wap yang keseluruhanya mampu menghasilkan kuasa pengerak sehingga 140.000 hp. Kombinasi 2 sistem pemacu ini membolehkan kapal-kapal Kirov berlayar dengan pantas lebih dari 30 knot untuk jarak sekitar 1.600 km. .Ketika berlayar dengan menggunakan enjin reaktor nuklear tanpa menggunakan sistem enjin turbin wap kapal-kapal ini mampu memecut sehingga kelajuan 20 knot secara konsisten tanpa sebarang masalah.
SS-N-19 |
Kelas Kirov dibangun oleh Soviet Union ketika itu bagi mengatasi kapal-kapal induk Amerika
Syarikat yang besar, selain bertujuan bagi memodenisasikan dan mengukuhkan keupayaan angkatan
laut Soviet sendiri. Senjata utama kapal ini ialah 20
buah peluru berpandu anti kapal jarak jauh SS-N-19 "Shipwreck".Misil seberat 7 tan dan sepanjang 10 meter ini cukup mengerunkan mana-mana kapal musuh yang ingin berhadapan dengan Kelas Kirov ini.Misil ini mampu dilancarkan secara tunggal atau secara serentak bersama 4 misil sekaligus dengan jarak maksimum 500 km panduan autonomi bersama kelajuan supersonik.
Jika 4 misil ini dilancar secara serentak, salah satu misil akan terbang lebih tinggi bagi memandu arah 3 lagi misil yang akan terbang lebih rendah sebagai taktikal bagi mengelak pengesanan dari sistem radar musuh. Jika misil utama ini musnah samada akibat ditembak oleh sistem pertahanan udara musuh atau akibat masalah teknikal tugas misil utama ini akan diambil alih oleh salah satu dari 3 misil yang terbang rendah tadi .Salah satu misil akan naik lebih tinggi sebagai pemandu arah bagi misil yang terbang lebih rendah .Sistem taktikal pemandu arah ini akan berulang semula jika misil penganti tadi juga turut musnah dan akan berterusan sehingga semua misil itu musnah sama sekali atau misil tersebut berjaya mengenai sasaran yang di kunci.
Sistem pengesanan sasaran misil SS-N-19 menggunakan active radar homing atau home on jam sebagai terminal guidance , selain itu misil ini juga boleh menggunakan data sensor pihak ketiga (kapal peronda maritim,
helikopter kapal, dan satelit) jika sasaran berada luar daya pancaran radar "beyond visual range". Misil-misil ini juga boleh menerima maklumat terbaru mengenai kedudukan terkini kapal sasaran yang telah dikemaskini setiap masa ketika misil sedang meluncur ke destinasi.Setelah mendapat maklumat terkini sasaran, sistem navigasi inersia dan komputer misil akan mengemaskini data laluan dan sasaran terbaru ke dalam sistem pemanduan misil bagi menjejak dan mengmusnahkan sasaran di kedudukan baru. Kecanggihan sistem misil SS-N-19 ini telah menjadi satu perkara yang amat dibimbangkan oleh armada Amerika Syarikat ketika era perang dingin.Dengan sistem anti kapal yang sebegini canggih ia mampu memberi ancaman yang amat besar pada kapal-kapal pengankut pesawat Amerika Syarikat yang menjadi nadi utama kekuatan tentera Amerika Syarikat ketika melancarkan serangan dari laut...Jika 4 misil ini dilancar secara serentak, salah satu misil akan terbang lebih tinggi bagi memandu arah 3 lagi misil yang akan terbang lebih rendah sebagai taktikal bagi mengelak pengesanan dari sistem radar musuh. Jika misil utama ini musnah samada akibat ditembak oleh sistem pertahanan udara musuh atau akibat masalah teknikal tugas misil utama ini akan diambil alih oleh salah satu dari 3 misil yang terbang rendah tadi .Salah satu misil akan naik lebih tinggi sebagai pemandu arah bagi misil yang terbang lebih rendah .Sistem taktikal pemandu arah ini akan berulang semula jika misil penganti tadi juga turut musnah dan akan berterusan sehingga semua misil itu musnah sama sekali atau misil tersebut berjaya mengenai sasaran yang di kunci.
Untuk pertahanan udara, Kirov menggunakan sistem misil permukaan ke udara jarak jauh S-300F dan S-300FM versi baru. misil ini terbang dengan kelajuan hipersonik dan dapat menjangkau sasaran sekitar 161 km dari tapak pelancarannya. Versi yang lebih baru, S-300FM, disebut sangat efektif mengatasi misil balistik jarak dekat. Kelas Kirov membawa 96 misil permukaan ke udara , yang biasanya terbahagi kepada dua jenis sistem misil SAM yaitu 48 -S-300F dan 48 -S-300FM.
pelancar S-300 |
Untuk ancaman udara yang lebih dekat, kelas Kirov dilengkapi sepasang menara pertahanan misil OSA-MA, masing-masing dilengkapi dengan 20 pusingan. misil yang dipandu radar ini mampu ditembak dengan pantas dan dapat mengesan dan mengunci beberapa sasaran di jarak sekitar 13 km, meskipun sasaran bergerak pada kelajuan yang tinggi. Selain itu, menara OSA-MA juga dilengkapi dengan sistem peluncur misil vertikal yang mampu menembak 128 putaran misil permukaan ke udara jarak pendek SA-N-9 "Gauntlet". Sistem misil ini merupakan versi maritim dari sistem pertahanan misil SAM "TOR "yang sudah dieksport Rusia ke beberapa negara di dunia. Misil ini mampu ditembak dengan pantas dan juga mampu menghancurkan sasaran pada jarak 10 km.
Pertahanan udara terakhir kelas Kirov adalah enam set meriam anti pesawat close-in weapon system (CIWS) "Kashtan" yang dilengkapi sepasang radar dan elektro-optik dengan rate of fire yang tinggi dari peluru berkaliber 30 mm bersama misil anti pesawat jarak rendah 9m311. Di bawah landasan sistem CIWS Kashtan, tersimpan 192 buah misil 9m311 dan ribuan butir peluru meriam 30 mm yang dapat di reload secara automatik dan pantas.
AK-130 |
CIWS kashtan |
.Selain dilengkapi senjata anti permukaan dan anti udara, Kelas Kirov juga turut dilengkapi dengan kemampuan senjata anti-kapal selam yang mampu menakutkan musuh-musuhnya. Dek helikopter di buritan Kirov mengoperasikan helikopter anti kapal selam Ka-25/27. Kirov sebenarnya mampu mengoperasikan lima helikopter meskipun selalunya hanya 3 buah helikopter yang dibawa. Helikopter ini dilengkapkan dengan senjata torpedo . Kirov juga membawa 10 pod pelancar yang mampu meluncurkan roket torpedo SS-N-16 "Stallion". Pada asasnya ini ia adalah roket yang mampu terbang sejauh 80 km, kemudian menjatuhkan torpedo tepat di atas kapal selam musuh. Yang terakhir, ada tiga peluncur roket anti kapal selam (RBU-1000 dan RBU-1200) yang masing-masing dilengkapkan empat atau lima buah roket jarak pendek anti kapal selam.
Bagi memastikan seluruh sistem senjata ini mampu dioperasikan dengan efektif dan juga bagi membolehkan kapal-kapal Kelas Kirov mampu juga bertindak sebagai pusat COMMAND and CONTROL bagi armada kapal perang Rusia yang lainnya, Kirov dilengkapi dengan radar pemantau dan penjejak serta sistem perhubungan elektronik dengan puluhan antena komunikasi. Meskipun sistem radar array ketika ini sudah digantikan dengan sistem radar terbaru SPY-1 sama seperti yang ada pada sistem tempur AEGIS milik kapal jelajah dan pengmusnah Amerika Syarikat, namun analis menilai sistem ini masih lagi mampu beroperasi dengan efektif apatah lagi selepas sistem radar ini di dinaiktaraf sistem eletroniknya. .Sistem radar Kelas Kirov dengan konfigurasi modern (upgrade) mampu mengesan sasaran besar pada jarak lebih dari 483 km yang terbang di altitude, untuk sasaran bersaiz jet tempur yang terbang rendah mampu dikesan pada jarak sekitar 80 km. Selain itu, fakta bahwa Kirov membawa S-300FM menjadikannya sebagai satu-satunya kapal di Angkatan Laut Rusia yang memiliki pertahanan anti misil balistik.
antena SPY-1 |
Raksasa Kirov, walaupun ia adalah kapal tempur dari generasi era perang dingin, namun kapal ini masih merupakan kekuatan yang mampu menakutkan dan diambil perhatian oleh mana-mana Angkatan Laut di dunia. Setelah lain-lain Kelas Kirov selesai di naik taraf keupayaanya, pasti ia akan menarik perhatian seluruh dunia terutama Amerika Syarikat untuk melihat dan menilai persenjataan dan keupayaan sistem pengawasan terbaru yang dilengkapkan ke atas kapal ini.. Jika dilihat kepada dinginya hubungan antara Obama dan Putin akhir-akhir ini, Angkatan Laut AS yang dilihat semakin kurang membangun akibat kekangan peruntukan pertahanan harus berwaspada kepada kebangkitan Angkatan Laut Rusia yang semakin membangun dengan agresif di bawah pemerintahan putin , salah satunya contohnya ialah dengan kehadiran semula Kelas Kirov generasi moden ini.
hebatnya :)
BalasPadamya, seakan kapal bishmark german pada WW2............................
Padam