Isnin, 14 Julai 2014

Tanah Gaza terus berdarah...


     Nampaknya kawasan penempatan paling padat di dunia, Semenanjung Gaza bergegar sekali lagi.Betapa padatnya taburan penduduk di Gaza boleh dikatakan apa sahaja yang dicampak ke Semenanjung Gaza pastinya akan terkena orang awam apatah lagi jika dilempar sebutir bom.

Begitulah risiko besar yang dihadapi mereka pada bila-bila masa diserangkan regim Zionis Laknatullah. Berdasarkan semakan  terhadap sejarah Palestin, sudah banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang “strategik“. Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin, Kanaan, Parsi, khulafa’ ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib, kerajaan Uthmaniyah dan pihak British. Sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan.

Ya….sekarang berita terkini Israel serang Gaza Palestin melihatkan rakyat Gaza terus bermandikan peluru dan dihujani bom.Jika anda berada di Gaza sekarang situasi berikut mungkin anda terjadi .......
“Pada awal pagi penduduk Gaza akan bersahur di Palestin, mungkin mereka akan berbuka puasa di Syurga”

 Penderitaan rakyat Gaza di bulan Ramadhan bermandikan peluru hidup dan dihujani serangan bukanlah kali pertama. Tetapi sudah 6 kali Ramadhan…termasuk ketika Intifada Pertama pada 8 Disember 1987
sehingga 13 Sepetember 1993 (6 tahun lamanya)

Berita Terkini Israel Serang Gaza Palestin : Keadilan Rakyat Gaza Palestin?

  • Mana PBB? Diam membisu…
  • Mana OIC? Hanya pada nama….
  • Mana Liga Arab? Tidak nampak impaknya…
  • Pemimpin besar Islam termasuk dari negara Arab? Seperti biasa kurang sensitif & tunduk kepada tekanan US….
  • Nak harapkan kerajaan boneka Mesir? Meraka hanya mampu buka pintu Rafah untuk pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dan pemegang pasport negara Mesir sahaja. Ermmm….Hebat kuda tunggangan Israel ini…..

Kronologi Punca Israel Serang Gaza Palestin 2014?

Ini serangan paling buruk ke atas Palestin sejak November 2012


  • Israel mendakwa kumpulan Hamas menculik tiga remaja di Tel Aviv
  • Atas nama balas dendam kononnya, seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh setelah dibakar hidup-hidup oleh regim Zionis Laknatullah minggu lalu. (Jawapan peguam negara Palestin)
  • Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit.
  • Tetapi, di manakah logiknya jika kehilangan 3 remaja Israel itu boleh mengheret kepada serangan satu wilayah Gaza sehingga telah mengorbankan ratusan (163 angka terkorban terkini) kanak-kanak dan wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa?
  • Sifir apa yang mereka gunakan?


Selepas beberapa hari Israel serang Gaza palestin serangan dan roket Al Qassam terus menerus dilancarkan kembali, Israel merancang mahu serang melalui darat. Beranikah regim Zionis Laknatullah ini melakukan serangan Gaza palestin melalui darat pula bertempur dengan tentera Al Qassam? Melainkan ada “backup udara”.

Jikalau betul Israel mahu menuntut bela, Israel sepatutnya mencari siapa pembunuh yang sebenar dengan melalui saluran yang betul termasuk adili di mahkamah dunia. tetapi perangai Israel pun ala teroris juga, sebab itu orang awam akhirnya menjadi mangsa.
Hakikatnya, itu semua lasan sahaja pada pemerhatian Berita Semasa, Israel serang Gaza Palestin kali ini lebih tekad, berani dan lebih kejam di atas 3 faktor

  1. Hamas dan Fatah berjaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan
  2. Setelah Morsi berjaya digulingkan dengan kejam. Semasa Mesir Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Dr. Morsi, ada Israel serang Gaza Palestin lebih-lebih?
  3. Serangan dilihat banyak tertumpu kepada bayi dan kanak-kanak kecil serta wanita yang lemah. Ada sebabnya. Strategi israel memang sasarkan anak kecil kerana mereka adalah tentera Islam masa depan. Ini kerana jikalau besar nanti mereka juga akan meneruskan keturunan Palestin pada masa depan. Bunuh mereka sekarang supaya mereka tak sempat jadi tentera dan tak berpeluang menambah rakyat Palestin. Strategi 2 dalam 1


  Israel serang Gaza Palestin khususnya kepada orang awam, ada sebabnya. Ini kerana, inilah permainan mereka selama ini. Mereka hanya mahu timbul isu dan masalah sahaja kononnya maraih simpati bagi menghalalkan tindakan kejam mereka terhadap penduduk Semenanjung Gaza. Media propagadanda di tangan mereka. Negara Arab di bawah telunjuk mereka.


         "Ya Allah, selamatkanlah rakyat Palestin.         Hancurkan Israel lakhnatullah"…Amin


 Sudah sampai masanya kita sebagai umat Islam perlu bertindak menghukum Israel Zionist walau dengan apa cara sekalipun yang termampu kita lakukan.Salah satu caranya ialah memboikot produk-produk keluaran Yahudi yang dikenalpasti telah menyumbang dana kewangan dari keuntungan perniagaan mereka kepada pihak Rejim zionis lakhnatullah secara terang-terangan atau secara sulit.




Umat Islam perlu bijak menilai, jangan mudah diperbodohkan dan ditakut-takutkan dengan halangan-halangan dalam usaha memboikot produk-produk keluaran Yahudi zionis ini. Sampai bila umat islam perlu bergantung harap pada air tangan yahudi dan ada juga pihak atau individu yang menentang rancangan ini beralasankan perkara-perkara remeh -temeh......




Masihkah ada umat Islam yang memperlekeh usaha memboikot produk Yahudi Zionis yang menaja dana kewangan kepada Isreal bagi membeli peluru untuk membunuh saudara seislam kita di Palestin setelah melihat gambar-gambar ini...?



















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan