Isnin, 14 Julai 2014

Tanah Gaza terus berdarah...


     Nampaknya kawasan penempatan paling padat di dunia, Semenanjung Gaza bergegar sekali lagi.Betapa padatnya taburan penduduk di Gaza boleh dikatakan apa sahaja yang dicampak ke Semenanjung Gaza pastinya akan terkena orang awam apatah lagi jika dilempar sebutir bom.

Begitulah risiko besar yang dihadapi mereka pada bila-bila masa diserangkan regim Zionis Laknatullah. Berdasarkan semakan  terhadap sejarah Palestin, sudah banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang “strategik“. Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin, Kanaan, Parsi, khulafa’ ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib, kerajaan Uthmaniyah dan pihak British. Sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan.

Ya….sekarang berita terkini Israel serang Gaza Palestin melihatkan rakyat Gaza terus bermandikan peluru dan dihujani bom.Jika anda berada di Gaza sekarang situasi berikut mungkin anda terjadi .......
“Pada awal pagi penduduk Gaza akan bersahur di Palestin, mungkin mereka akan berbuka puasa di Syurga”

 Penderitaan rakyat Gaza di bulan Ramadhan bermandikan peluru hidup dan dihujani serangan bukanlah kali pertama. Tetapi sudah 6 kali Ramadhan…termasuk ketika Intifada Pertama pada 8 Disember 1987
sehingga 13 Sepetember 1993 (6 tahun lamanya)

Berita Terkini Israel Serang Gaza Palestin : Keadilan Rakyat Gaza Palestin?

  • Mana PBB? Diam membisu…
  • Mana OIC? Hanya pada nama….
  • Mana Liga Arab? Tidak nampak impaknya…
  • Pemimpin besar Islam termasuk dari negara Arab? Seperti biasa kurang sensitif & tunduk kepada tekanan US….
  • Nak harapkan kerajaan boneka Mesir? Meraka hanya mampu buka pintu Rafah untuk pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dan pemegang pasport negara Mesir sahaja. Ermmm….Hebat kuda tunggangan Israel ini…..

Kronologi Punca Israel Serang Gaza Palestin 2014?

Ini serangan paling buruk ke atas Palestin sejak November 2012


  • Israel mendakwa kumpulan Hamas menculik tiga remaja di Tel Aviv
  • Atas nama balas dendam kononnya, seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh setelah dibakar hidup-hidup oleh regim Zionis Laknatullah minggu lalu. (Jawapan peguam negara Palestin)
  • Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit.
  • Tetapi, di manakah logiknya jika kehilangan 3 remaja Israel itu boleh mengheret kepada serangan satu wilayah Gaza sehingga telah mengorbankan ratusan (163 angka terkorban terkini) kanak-kanak dan wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa?
  • Sifir apa yang mereka gunakan?


Selepas beberapa hari Israel serang Gaza palestin serangan dan roket Al Qassam terus menerus dilancarkan kembali, Israel merancang mahu serang melalui darat. Beranikah regim Zionis Laknatullah ini melakukan serangan Gaza palestin melalui darat pula bertempur dengan tentera Al Qassam? Melainkan ada “backup udara”.

Jikalau betul Israel mahu menuntut bela, Israel sepatutnya mencari siapa pembunuh yang sebenar dengan melalui saluran yang betul termasuk adili di mahkamah dunia. tetapi perangai Israel pun ala teroris juga, sebab itu orang awam akhirnya menjadi mangsa.
Hakikatnya, itu semua lasan sahaja pada pemerhatian Berita Semasa, Israel serang Gaza Palestin kali ini lebih tekad, berani dan lebih kejam di atas 3 faktor

  1. Hamas dan Fatah berjaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan
  2. Setelah Morsi berjaya digulingkan dengan kejam. Semasa Mesir Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Dr. Morsi, ada Israel serang Gaza Palestin lebih-lebih?
  3. Serangan dilihat banyak tertumpu kepada bayi dan kanak-kanak kecil serta wanita yang lemah. Ada sebabnya. Strategi israel memang sasarkan anak kecil kerana mereka adalah tentera Islam masa depan. Ini kerana jikalau besar nanti mereka juga akan meneruskan keturunan Palestin pada masa depan. Bunuh mereka sekarang supaya mereka tak sempat jadi tentera dan tak berpeluang menambah rakyat Palestin. Strategi 2 dalam 1


  Israel serang Gaza Palestin khususnya kepada orang awam, ada sebabnya. Ini kerana, inilah permainan mereka selama ini. Mereka hanya mahu timbul isu dan masalah sahaja kononnya maraih simpati bagi menghalalkan tindakan kejam mereka terhadap penduduk Semenanjung Gaza. Media propagadanda di tangan mereka. Negara Arab di bawah telunjuk mereka.


         "Ya Allah, selamatkanlah rakyat Palestin.         Hancurkan Israel lakhnatullah"…Amin


 Sudah sampai masanya kita sebagai umat Islam perlu bertindak menghukum Israel Zionist walau dengan apa cara sekalipun yang termampu kita lakukan.Salah satu caranya ialah memboikot produk-produk keluaran Yahudi yang dikenalpasti telah menyumbang dana kewangan dari keuntungan perniagaan mereka kepada pihak Rejim zionis lakhnatullah secara terang-terangan atau secara sulit.




Umat Islam perlu bijak menilai, jangan mudah diperbodohkan dan ditakut-takutkan dengan halangan-halangan dalam usaha memboikot produk-produk keluaran Yahudi zionis ini. Sampai bila umat islam perlu bergantung harap pada air tangan yahudi dan ada juga pihak atau individu yang menentang rancangan ini beralasankan perkara-perkara remeh -temeh......




Masihkah ada umat Islam yang memperlekeh usaha memboikot produk Yahudi Zionis yang menaja dana kewangan kepada Isreal bagi membeli peluru untuk membunuh saudara seislam kita di Palestin setelah melihat gambar-gambar ini...?



















































































Ahad, 6 Julai 2014

Ideologi ISIL semakin ditolak umat islam?. Siapakah ISIL siri 2



Selepas di banggakan sebagai kumpulan yang berjihad membantu umat islam yang tertindas di Syiria dan terbaru di Iraq dalam operasi-operasi ketenteraan mereka kini reputasi ISIL semakin nampak seakan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak selari apa yang dikehendaki oleh islam. Organisasi ISIL masih samar-samar untuk diketahui siapa disebalik penubuhan mereka dan siapa yang menaja penubuhan mereka. Apa yang lebih dicurigai ialah peralatan-peralatan persenjataan mereka dilihat lebih canggih dan ada diantaranya digunakan juga oleh pasukan tentera barat sendiri.

Dalam banyak operasi gempur yang dilakukan ISIL nampak begitu mudah memperolehi kejayaan hingga ada yang seakan seperti sudah dirancang kemenangan mereka maka semakin banyak pihak mencurigai kumpulan ini.

Dalam operasi-operasi penaklukan mereka juga banyak keganasan-keganasan dan pembunuhan-pembunuhan musuh atau orang awam yang dilihat kejam dan tidak mengikut apa yang diajar oleh agama islam.Sekali lagi kumpulan ini telah memberi satu kecurigaan kepada dunia tentang ideologi sebenar mereka.

Terbaru selepas berjaya menakluk beberapa wilayah di Syiria dan Iraq ISIL telah mengistiharkan wilayah-wilayah jajahan mereka sebagai wilayah kekhalifahan dan diperintah oleh seorang khalifah yang juga ketua mereka sendiri.Banyak pihak mempertikaikan tindakan mereka ini ,bagaimana pun artikel ini akan memfokuskan pandangan dari sebuah organisasi berteraskan islam yang menjadikan ideologi penubuhan kerajaan berteraskan sistem Khalifah daulah islam HIZBUT TAHRIR.

Hizbut Tahrir menolak pengistiharan kekhalifahan isil


  Organisasi politik Islam antarabangsa, Hizbut Tahrir menolak usaha membina negara berteraskan pemerintahan khalifah yang cuba dibentuk oleh pejuang Negara Islam Iraq dan Syria (ISIL).
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia, Abdul Hakim Othman berkata, secara umumnya sebarang organisasi yang ingin membina negara berteraskan pemerintahan khalifah perlulah mengikuti ajaran yang dibawa Rasulullah S.A.W.
“Organisasi ini perlu mempunyai kuasa yang dilihat secara jelas dan boleh mengekalkan keselamatan di dalam dan luar negara tersebut kerana inilah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. ketika baginda menubuhkan negara Islam di Madinah al-Munawarrah” katanya kepada The Rakyat Post.

Katanya, ISIL yang telah mengumumkan pembentukan negara khalifah itu pula tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas Syria dan Iraq malah mereka tidak mampu mencapai kata sepakat dalam mempertahankan keselamatan dan memberi perlindungan kepada orang ramai.
Menurutnya,  ISIL yang diketuai oleh Abu Bakr al-Baghdadi mengisytiharkan pemerintahan khalifah di kawasan meliputi wilayah Aleppo di utara Syria hingga Diyala di Iraq secara tersembunyi dan hal itu bercanggah dengan apa yang Rasulullah S.A.W lakukan.
“Kewujudan negara khalifah ini berbeza. Benar, Rasulullah S.A.W pernah bersembunyi di dalam gua tetapi selepas Madinah ditubuhkan baginda berdakwah secara terang-terangan, menjaga hal ehwal kebajikan dan menghantar utusan agar dunia luar serta mereka yang bukan Islam menerima penubuhan negara itu secara terbuka
.
“Oleh itu, pengumuman ISIL adalah retorik semata-mata tanpa kesahihan hingga ada beberapa orang mengisytiharkan diri mereka sebagai khalifah dan ada yang lain mengisytiharkan diri mereka sebagai Mahdi,” katanya.
Dia berkata, Hizbut Tahrir Malaysia bersetuju untuk tidak mengiktiraf ISIL sejajar dengan komen yang dikeluarkan oleh Amir Hizbut Tahrir, Sheikh Ata Khalil Abu al-Rashtah yang menyeru ahlinya untuk menolak jihad ISIL.
Dia berkata, untuk membina negara berteraskan pemerintahan khalifah adalah penting untuk dilaksanakan berdasarkan syariah yang telah ditetapkan dari segi peraturan, pemerintahan, politik, ekonomi dan hubungan antarabangsa dan ia tidak boleh diumumkan semata-mata menerusi rakaman audio yang disiarkan menerusi laman web, dicetak atau menggunakan media visual seperti yang dilakukan ISIL.
Katanya, pengumuman yang dilakukan  adalah sekadar retorik semata-mata dan penubuhan ISIL sendiri tidak memaparkan ciri-ciri khalifah dalam membentuk struktur sesebuah negara Islam.
ISIL menyalib tahanan mereka
“Organisasi ISIL adalah sebuah gerakan bersenjata sebelum pengumuman dan selepas pengumuman itu dilakukan. Mereka sama dengan pergerakan lain yang bersenjata, berperang dengan orang lain dan berkuasa secara rejim.
“Penubuhan negara khalifah perlu dilaksanakan berlandaskan ajaran Islam mengikut peraturan syariah. Jika ia dilaksanakan, bukan hanya Hizbut Tahrir sahaja akan mengikutinya malah semua umat Islam turut akan mengikutinya,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan semalam.
Jelasnya, apa yang dilakukan ISIL bakal memberi kesan negatif kepada idea penubuhan negara berteraskan pemerintahan khalifah tanpa sebarang pengisian.
Sementara itu, Pengarah Hizbut Tahrir Lubnan, Osman Bakhach berkata, untuk mengembalikan semula negara berteraskan pemerintahan khalifah tidak boleh dicapai melalui pertumpahan darah.
“Negara khalifah merupakan sebuah negara yang terbuka bukan sahaja kepada umat Islam sebaliknya kepada semua orang termasuk mereka yang beragama Kristian dan Yahudi.
“Oleh itu, kami tidak bersetuju dengan kaedah dan amalan beberapa kumpulan Islam hari ini yang berjuang dengan cara yang tidak wajar,” katanya.
Bakhach tidak menolak bahawa ada segelintir individu akan menyokong idea tersebut kerana membina negara berteraskan pemerintahan khalifah merupakan impian dan hasrat setiap umat Islam.
“Sesetengah orang mudah terbawa-bawa dengan panggilan ini dan menyokongnya tetapi konteks politik ISIL memerlukan penilaian semula terutamanya di Syria kerana sejak penubuhannya, kumpulan itu tidak menentang rejim Syria sebaliknya menaikkan panji-panji pembangkang,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Reza Pankhurst yang pernah dihukum penjara selama empat tahun dalam penjara Mesir di bawah pemerintahan Hosni Mubarak pula mengulas, pengisytiharan pemerintahan khalifah itu sama seperti yang berlaku pada tahun 2006.
“Kumpulan yang diketuai oleh Abu Umar al-Baghdadi pernah mengistiharkan kebangkitan pemerintahan khalifah di Iraq oleh kumpulan yang sama namun ditolak secara meluas,” katanya seperti yang dipetik dalam laman Facebook miliknya.
Dia berkata, pengisytiharan itu lebih berkaitan dengan politik dalaman dan persaingan antara pelbagai puak militan.
“Umat Islam perlu serius dalam hal ini agar tidak dijadikan sebagai bahan ejekan. Pengisytiharan itu ibarat propaganda antara puak bersaing tanpa mengambil kira baiah orang berpengaruh sebaliknya hanya mengumpulkan baiah ahli-ahli kumpulan mereka sendiri.
“ISIL hanya salah satu kuasa militan di Iraq dan Syria dan tidak bererti dakwah mereka adalah benar. Di manakah baiah pemimpin dari suku kaum yang lain jika benar ISIL mendirikan majlis syura yang terdiri daripada ahli Sunah Wajama’ah.
“Keadaan ini adalah tidak relevan, malah kenyataan mereka mengakui negara khalifah di Aleppo hingga Diyala mungkin boleh terkubur tidak lama lagi,” katanya.
Hizbut Tahrir ditubuhkan sejak 1953 di Palestin oleh seorang ulama Islam dan Hakim Mahkamah Rayuan, Taqiuddin al-Nabhani. Sejak itu, Hizbut Tahrir telah berkembang ke lebih 40 buah negara dengan anggaran keahlian lebih sejuta ahli dan sangat aktif di Barat terutamanya di United Kingdom, Amerika Utara, negara Arab dan Asia Tengah walaupun diharamkan oleh beberapa kerajaan.
Hizbut Tahrir percaya, penubuhan semula dasar pemerintahan berteraskan khilafah akan memberikan kestabilan dan keselamatan kepada umat Islam di seluruh dunia.