|
Mosul di wilayah Nineveh/Ninawa |
|
Pada tarikh 10 Jun 2014 satu kejutan besar telah berlaku di negara IRAQ apabila sebuah kumpulan bersenjata yang selama ini membina nama dan ketakutan dikalangan musuh di SYIRIA telah berjaya menawan bandaraya kedua terbesar di IRAQ iaitu Mosul yang terletak diutara IRAQ dalam wilayah Nineveh yang didiami ramai umat islam berfahaman sunni.
Kumpulan bersenjata berkenaan telah berjaya mengusir tentera kerajaan IRAQ yang telah membina pengkalan dan pos-pos pertahanan di sekitar bandar Mosul tanpa mendapat tentangan sengit dari tentera kerajaan. Dari maklumat yang tersebar tentera-tentera kerajaan didapati melarikan diri lebih awal dari pos-pos pertahanan mereka apabila dapat mengetahui serangan yang bakal dilakukan oleh kumpulan bersenjata ini .Terdapat juga maklumat menyatakan para komander-komander tentera kerajaan IRAQ yang ditugaskan untuk mengawal pertahanan bandar Mosul telah melarikan diri bersama keluarga masing-masing sebaik sahaja mendapat maklumat risikan mengenai serangan tersebut .Dalam keadaan demikian setelah perkara itu diketahui oleh anggota bawahan maka mereka juga mengambil langkah yang sama melarikan diri tanpa bertempur dan telah meninggalkan kelengkapan persenjataan mereka di kem masing-masing.
Siapakah kumpulan bersenjata ini yang begitu digeruni oleh pasukan tentera IRAQ sehinggakan mereka melarikan diri sebelum berlakunya pertempuran....?
ISIL@ISIS ( ISLAMIS STATE OF IRAQ LEVANT/SYAM)
|
kumpulan bersenjata ISIL@ISIS |
|
Dengan ribuan pejuang Arab dan asing yang diketuai oleh seorang komandan berkarisma tinggi yang dilihat mirip dengan kepemimpinan organisasi al-Qaeda, Negara Islam Iraq dan
Levant telah menjadi ancaman terbesar setiap pemerintahan sekular dan syiah di wilayah-wilayah arab dan sekitarnya.
Meskipun keujudan ISIS mendapat tentangan al-Qaeda yang asalnya menjadi organisasi naungan ISIS sebelum ini tetapi perkara ini tidak menjadi masalah bagi ISIS. ISIS ternyata telah berjaya memperluas kuasanya di wilayah Iraq dan
Syria kerana pasukan ISIS sangat berusaha keras untuk mengrealisasikan cita-cita mereka iaitu mendirikan sebuah
kekhalifahan Islam yang baru di wilayah arab.
Akar permulaan gerakan ISIS dapat ditelusuri terawal dari gerakan Tauhid dan
Jihad, sebuah kelompok Sunni yang menentang AS dan bentukan pemerintahan
Iraq setelah jatuhnya Saddam Hussein pada tahun 2003.
Abu Musab al-Zarqawi
|
Abu Musab al-Zarqawi | |
Seorang pemimpin tauhid bernama Abu Musab al-Zarqawi, yang berasal dari
Jordan telah mengetuai kumpulan ini dan telah menyatakan taat setianya
kepada al-Qaeda pada tahun 2004. Pemimpin ini telah menukar nama
kumpulanya di
Iraq bagi memulakan kempen serangan bom terhadap setiap sasaran
pemerintahan Iraq dan AS.
Syeikh Zarqawi, yang terkenal dengan kemahiran menembak sanjata api mesingan menjadi musuh nombor satu AS dan dia gugur pada tahun 2006. Ketika gugurnya Syeikh Zarqawi ,musuh-musuhnya dari puak syiah dan Amerika Syarikat telah menyambut berita ini dengan penuh kegembiraan.
Abu Omar al-Baghdadi,
|
Abu Omar al-Baghdadi, |
Setelah kematian Zarqawi, nama kumpulan penentang ini bertukar menjadi Negara Islam di
Iraq, atau ISI, dengan pemimpin barunya , Abu Omar al-Baghdadi, bagi membuka lembaran baru perjuangan menegakkan cita-cita besar mereka.
Namun, banyak yang mengatakan bahwa Baghdadi adalah tetaplah orang asing.
Baghdadi memimpin kumpulan tersebut yang terus menyerang sasaran
Syiah dan AS, sehingga akhirnya dia juga gugur dibunuh oleh pasukan AS dan
Iraq pada tahun 2010
Abu Bakr al-Baghdadi,
Dia digantikan oleh Abu Bakr al-Baghdadi, yang nama aslinya adalah
Ibrahim Awwad Ibrahim al-Badri. Pada ketika inilah kumpulan itu mulai
menjadi perhatian antarabangsa.
Terlalu sedikit maklumat latar belakang Abu Bakr al-Baghdadi diketahui, tetapi difahamkan dia pernah menghabiskan
lima tahun penjara setelah ditangkap oleh pasukan AS di Iraq pada tahun
2005.
Pada tahun 2012, Baghdadi mengalihkan perhatiannya untuk memperluas
operasinya ke Syria tlah menghantar pejuang-pejuangnya melintasi sempadan Syiria bagi membantu menentang kerajaan syiah Bashar Assad.
Baghdadi pada tahun 2012 telah mengistiharkan penggabungan antara ISI dan
Nusra Front bersama beberapa kumpulan mujahidin yang lain dipimpin oleh seorang anggota bawahan Baghdadi, dengan membentuk Negara Islam Iraq dan Syam/Syria (ISIS).
Bagaimana pun perkara ini ditolak oleh komandan Nusra , dan Ayman al-Zawahiri,
pemimpin
al-Qaeda, yang menyatakan bahawa hal tersebut tidak diiktiraf Al-qaeda.
Ayman Zawahiri segera menyatakan bahawa al-Qaeda telah tidak mengakui keujudan kumpulan ISIS , dan menyatakan kumpulan Nusra adalah pasukan pejuang rasmi utama
al-Qaeda di Syria.
Bagaimana pun pertelagahan ini tidak menghentikan penentangan dan semangat Baghdadi. Sebaliknya dia mengecam
Zawahiri, yang menyatakan bahawa tidak ada yang mampu menghalang para pejuangnya melawan rejim Syria atau musuh lainnya.